Tuesday, March 5, 2019

PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

Haji Abdul Rahman Limbong
  • Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1868 - 1929), merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu.
  • Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan daripada Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
  • Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang buas, peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.
  • Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.
  • Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
  • Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang.
  • Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928.

                                                                     Dato' Bahaman
  • Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar.
  • Pada tahun 1891, Dato' Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
  • Pada tahun 1894, Dato' Bahaman menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walau bagaimanapun British telah bertindak menawan semula Jeram Ampai.
  • Dato' Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.

                                                               Dato' Maharaja Lela
  • Menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
  • Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.
  • Dato' Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W Birch.
  • Dato' Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuh hukuman gantung pada tahun 1877.

 Dol Said
  • Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 – Ogos 1849),ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.
  • Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
  • Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai.
  • Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
  • Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.


Yamtuan Antah
  • Nama penuhnya ialah Yamtuan Antah ibni Almarhum Tuanku Radin. Dilahirkan pada tahun 1812. Meninggal pada tahun 1888 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
  • Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong.
  • Tidak bersetuju dengan tindakan British menyokong tindakan Dato’ Kelana yang mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
  •   Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan.   Pihak British telah mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.  Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
  •  Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan pendamaian. Yamtuan Antah telah diiktirafkan sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

Tok Janggut
  • Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada. Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.
  • Tok Janggut menentang Bristish disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan.
  • Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
  • Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Saring.
  • Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.
Mat Salleh
  • Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.
  • Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.
  • Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan.
  • Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.
  • Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.

Antanom
  • Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Beliau dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “. Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. 
  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka.
  • Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutang orang Murut yang membina jalan.
  • Feb 1915 - Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan . 
  • Mac 1915 - Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB . 
  • Kejayaan itu menaikkan lagi semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang .
  • Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 rumah bawah tanah . 
  • Apr 1915 - SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
  • Pertempuran berlaku selama 6 minggu 
  • Antanom dan 400 pengikutnya terkorban dalam mempertahankan Rundum
  • Penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundum'.
  • Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.